Make your own free website on Tripod.com

BPPT

 

Tujuan

Tujuan program latihan ini adalah untuk memenuhi jangkaan semua guru yang berkhidmat mestilah dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi meningkatkan pembelajaran pelajar dan kelayakan profesional mereka.

 

Guru perlu menambahkan pengetahuan dan kemahiran mendapat dan mengeksploit maklumat dan sumber-sumber elektronik untuk membantu meningkatkan kelayakan profesional mereka. Latihan sepatutnya menjadi asas kepada guru-guru untuk belajar TMK yang terkini dan menggunakannya semasa mengajar. Ia boleh meningkatkan kemahiran mengajar, merangsang intelek pelajar dan menaikkan pencapaian pelajar. Guru-guru patut diberi peluang di dalam kelas menggunakan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang diperolehi daripada program latihan ini.

 

Lebih banyak maklumat boleh didapati daripada Laman Utama dengan melawat laman HASIL yang menjelaskan kemahiran dan pengetahuan yang anda perlu kuasai.

 

Struktur Program

Jangkaan hasil pembelajaran telah dikumpulkan dan disusun kepada sembilan unit pembelajaran yang berlainan di antara satu sama lain. Setiap unit pembelajaran berpusat kepada satu tugasan. Susunan ini digambarkan di dalam rajah berikut:

 

 


 

Program latihan ini menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di dalam pengajaran dan pembelajaran. Peranannya bukan sekadar satu perisian pendidikan sahaja, malah lebih daripada itu. Potensinya untuk memperbaiki kualiti pembelajaran pelajar-pelajar dan tahap pencapaian mereka adalah besar. Selain itu, ia juga berpotensi untuk membantu guru-guru di dalam kelas. Contohnya, ia mengurangkan masa yang berkaitan dengan pentadbiran kelas. Di samping itu, ia dapat menggalakkan latihan dan perkembangan profesion guru berterusan. Dengan pelaksanaan Sekolah Bestari ini, adalah semakin penting guru-guru menjadi lebih yakin dan berkebolehan menggunakan TMK secara berkesan di dalam pengajaran.

Sasaran utama latihan TMK adalah untuk melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman yang sewajarnya. Ini dapat membantu mereka membuat keputusan bijak bila perlu, bila tidak perlu dan bagaimana menggunakan TMK dengan efektif semasa mengajar sesuatu mata pelajaran. Walaupun dokumen ini boleh diguna pakai oleh semua guru, pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang diperlukan adalah berbeza-beza bagi setiap mata pelajaran dan tahap.


 

SeterusnyaKembali